Iklan

Friday, February 2, 2018

INI 7 MAKANAN UNTUK TURUNKAN DARAH TINGGI.


1. KACANG PUTIH

Kacang putih sangat enak dimakan begitu saja. Ia juga boleh ditambah dalam makanan lain seperti lauk atau nasi.
Satu cawan kacang putih mengandungi 13% kalsium, 30% magnesium dan 24% potassium yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari.
Tip: Enak ditambahkan dalam sup, ‘side dishes’ dan pembuka selera.

2. YOGURT BEBAS LEMAK

Yogurt memang sedap, tetapi kenalah cari yang bebas lemak. Pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.
Secawan yogurt mengandungi 49% kalsium, 12% magnesium dan 18% potassium.
Tip: Amalkan makan sewaktu sarapan pagi. Boleh juga dijadikan ‘salad dressing’ ataupun sos. Lagi bagus jika ia ‘homemade yogurt’.

3. IKAN TILAPIA

Sekali-sekala, hidangkan ikan tilapia sebagai lauk istimewa untuk seisi keluarga. Lebih mudah di gril atau stim, pasti enak apabila dimakan dengan kerabu mangga yang segar. Krup krap krup krap bunyinya!
Ikan ini membekalkan 8% magnesium dan potassium.
Tip: Elak menggorengnya untuk pemakanan sihat.

4. BUAH KIWI

Buah kiwi kini mudah dijumpai di kebanyakan pasaraya. Selalunya dijadikan hiasan pada kek dan manisan seperti tart buah. Apa kata anda cuba memakannya begitu saja? Buat jus pun sedap!
Sebiji kiwi mengandungi 2% kalsium, 7% magnesium dan 9% potassium.
Tip: Ia mengandungi vitamin C jika dibandingkan dengan buah oren. Bagus dimakan segar.

5. BUAH PIC

Buah pic ini jarang didapati di negara kita selain dalam bentuk yang diawet dalam air gula atau ‘syrup’. Namun, sesetengah pasaraya utama ada menjualnya dalam bentuk buah segar.
Sebiji buah pic sederhana besar mengandungi 1% kalsium, 3% magnesium dan 8% potassium.
Tip: Jika tidak suka dimakan begitu sahaja, boleh juga dijadikan smoothies.

6. PISANG

Pisang adalah antara makanan  yang paling senang untuk kita dapatkan dalam cuaca tropika. Oleh itu, manfaatkanlah pengambilannya!
Sebiji pisang sederhana besar mengandungi 1% kalsium, 8% magnesium dan 12% potassium. Pisang mampu menurunkan hormon stress dalam darah.
Tip: Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan smoothies.

8. BROKOLI

bahan penyedap rasa makanan 1
Sayuran ini memang banyak khasiatnya. Mungkin bukan kegemaran anak-anak, tetapi ramai yang akan mula menyukainya apabila meningkat dewasa.
Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.

No comments:

Post a Comment